GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 4, 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SKKK1


Kem membaca 1Malaysia peringkat sekolah telah diadakan pada pagi ini bertempat di anjung MCN, melibatkan semua murid dan guru SKKK1 termasuk murid Pra Sekolah dan Murid Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran.Kem membaca ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Abd Razak bin Adahan.
 
Program Kem Membaca 1 Malaysia merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus seliakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bermula pada tahun 2009 bertujuan mengukuhkan tabiat dan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah, menanam sikap cintakan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

Tema : "Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia"

Objektif :

  • Memupuk minat membaca secara berterusan dikalangan murid-murid.
  • Mengukuhkan tabiat dan budaya membaca dikalangan warga sekolah.
  • Memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menanam sikap cintakan ilmu.



No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.