GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 11, 2016

LAWATAN CAKNA MURID PPKI SKKK1

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

11 APRIL, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1 



Lawatan guru-guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran bersama-sama Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar bin Che Ismail dan Guru Besar SKKK1 Tn. Hj Mohamed bin Che Noh ke rumah adik Muhammad bin Mahyudin di Kg Pasir Tumbuh telah diadakan pada hari ini. Lawatan ini merupakan lawatan susulan melawat adik Muhammad yang mengalami kecederaan kerana terkena api minyak petrol dua minggu lepas. Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan asas dapur daripada semua warga SKKK1 telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar kepada keluarga adik Muhammad. Harapan dan doa seluruh warga sekolah agar adik Muhammad cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah seperti biasa. Insyallah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.