GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 26, 2017

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS DI SKKK1

24 Mei, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 

 


Selamat datang dan selamat bertugas di SKKK1 sebagai guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran buat Cikgu Azman bin Abd Latif yang akan memulakan tugas secara rasminya pada 11 Jun, 2017 nanti di SKKK1. Sebelum ini Cikgu Azman bertugas sebagai penyelaras PPKI di SK Dewan Beta. Seluruh warga SKKK1 mengucapkan selamat datang kepada rombongan pentadbir dan guru-guru SK Dewan Beta yang hadir menghantar Cikgu Azman ke SKKK1. 


May 19, 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

18 MEI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1





 
 


Sambutan hari guru peringkat sekolah tahun 2017 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini 18 MEI, 2017 bermula jam 7.45 pagi - 1.15 tgh. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang sambutan berlangsung. Antaranya aktiviti senamrobik disertai oleh semua warga sekolah, acara sukaneka  untuk guru lelaki dan guru perempuan, persembahan guru perempuan,  persembahan dikir barat guru lelaki, persembahan khas  nyanyian oleh murid tahun 6 dan acara memotong kek hari guru sumbangan Bank Kerjasama Rakyat Kubang Kerian Kelantan. 

May 16, 2017

PERHIMPUNAN PAGI DI HARI GURU

16 MEI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sempena meraikan sambutan hari guru 16 Mei, 2017 pada hari ini, seluruh warga SKKK1 telah berkumpul di Anjung MCN. Beberapa aktiviti ringkas telah diadakan sepanjang perhimpunan tersebut. Antaranya bacaan teks perutusan hari guru tahun 2017, YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia oleh Cikgu Suhaimi bin Yusuf dan bacaan teks perutusan hari guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Ustz Ahmad Khairi bin Mohamad Hassan. Seterusnya nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh semua guru SKKK1 dan penyampian hadiah serta sijil beberapa aktiviti yang telah diadakan sepanjang dua minggu yang lepas. Antaranya :-

1. Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Negeri Kelantan - Tempat ke 3 (Gangsa)
2. Kejohanan Futsal Sama-sama Sihat Peringkat Negeri Kelantan.
3. Tennis Malaysia Junior Tour 2017
4. Kejohanan Memanah Tertutup USM Kali Pertama 2017
5. Kejohanan Memanah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat 2017
6. Pertandingan Kawad Kaki PPIM (pergerakan Puteri Islam Malaysia)
7. Program National Stem Movement Chapter Negeri Kelantan
8. Cabutan bertuah sempena Pameran Buku Peringkat Sekolah 2017
9. Anugerah Khas PSS
10. Pertandingan Perkhemahan Unit Beruniform 2017

Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah secara rasmi akan di sambut pada hari Khamis 18 Mei, 2017.

May 14, 2017

GOTONG ROYONG MEGA BERSEPADU PERANGI AEDES SIRI 1

14 MEI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 
 
 

 
Gotong royong mega bersepadu perangi Aedes Siri 1 untuk pencegahan pembiakan nyamuk Aedes telah diadakan dengan jayanya oleh seluruh warga SKKK1 bersama  murid-murid tahun 4 dan 5 pada 13 Mei, 2017 (sabtu). Program ini bermula jam 8.00 hingga 11.00 pagi melibatkan semua guru dan murid tahun 4 dan 5. Guru-guru dan murid-murid telah diagihkan mengikut kawasan tertentu seluruh sekitar kawasan sekolah. 

Sehubungan dengan itu Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua guru, kakitangan dan murid-murid yang terlibat dalam kerjasama melaksanakan program gotong royong selaras dengan persetujuan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kebangsaan Bil 3/2017, untuk mengadakan gotong royong mega bersepadu perangi aedes siri 1.

Objektif Gotong Royong
  1. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat
  2. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi
  3. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes
  4. Mengwujudkan persekitaran sekolah yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes.

May 11, 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DAN KAYUHAN EMAS SKKK1

11 MEI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
















Perkhemahan Unit Beruniform dan Kayuhan Emas murid-murid tahun 4, 5 dan 6 telah diadakan bermula hari Selasa 9 Mei hingga 11 Mei 2017 bertempat di Pantai Sri Nipah Bachok. Perkhemahan ini melibatkan 213 orang murid (5 orang murid dari kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran) dari Pasukan Badan Beruniform Pengakap, PBSM, TKRS, Puteri Islam dan Tunas Puteri.

Aktiviti perkhemahan unit beruniform ini diadakan bersama-sama dengan aktiviti Kayuhan Emas. Murid yang menyertai kayuhan emas berbasikal sejauh lebih kurang 22 KM bermula dari sekolah ke tapak perkhemahan. Peserta kayuhan emas telah dilepaskan dengan rasminya oleh YDP PIBG Tn. Hj. Mohd Yunus @ Ab. Halim b. Tahir. Dalam perjalanan ke tapak perkhemahan peserta kayuhan emas  diiringi oleh pasukan keselamatan  HUSM dan Polis Trafik Kota Bharu. Rombongan peserta kayuhan berhenti rehat menghilangkan dahaga di beberapa buah sekolah, antaranya SK Banggu, SK Pok Pura dan Sk Seri Kemudi (perjalanan pergi), SK Badak, SK Pauh 5 dan SK Gong Dermin (perjalanan pulang).

Tn Guru Besar, Tn. Hj Mohamed bin Che Noh yang mengetuai pasukan berbasikal mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat kerana telah bermurah hati menyumbangkan minuman dan makanan kepada semua peserta  kayuhan. Selain itu penghargaan terima kasih juga buat kakitangan unit keselamatan HUSM, pasukan Polis Trafik Kota Bharu, guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini samada secara langsung atau tidak langsung. Harapan beliau semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Insyallah.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.