GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 19, 2009

**LAWATAN ROMBONGAN JPN NEGERI SEMBILAN**







Satu rombongan dari JPN Negeri Sembilan telah mengadakan Lawatan Kecermelangan Akedemik ke SKKK1. Rombongan tersebut diketuai oleh Pn Hajjah Kalsom bt Khalid iaitu Ketua Sektor Jaminan & Kualiti, Pn Radziah Bt abdul Manap (Timbalan PPD Jempol Jelebu, Cik Ruzita Bt Ali (Penolong PPD Bahasa, PPD Jelebu), En Abdul Razak B. Samak (Penolong PPD Bahasa, PPd Kuala Pilah), Dr Rusni Bt Mohd Nor (Penolong PPD Bahasa, PPD Seremban), En Mohd Yusuf B. Hj Sulaiman (Penyelia ICT,PPD Jempol Jelebu dan En Mohd Razib B. Rahim (Penyelia Sains JPN Negeri 9.

Rombongan ini telah diiringi oleh JPN Negeri Kelantan En Wan Ismail B. Wan Daud (Penolong Pengarah Sektor jaminan Kualiti). Mereka telah membuat lawatan ke Makmal Komputer, Kelas Pra Integrasi, Pra Sekolah dan beberapa bilik darjah Tahun Enam.

Rombongan JPN Negeri Sembilan ini ingin melihat sendiri sejauh manakah program yang dijalankan di sekolah dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Mereka juga ingin membuat pemantauan ke sekolah-sekolah negeri Kelantan yang menggunakan aplikasi portal zooom-A. Menurut Ketua rombongan Pn Hajah Kalsom bt Khalid,lawatan ini adalah lebih kepada post mortem penggunaan aplikasi zoom-A yang digunapakai di seluruh PPD Negeri 9 tidak berjaya walaupun JPN negeri tersebut telah mengeluarkan belanja lebih daripada RM 100,000.

Mereka ingin melihat bagaimana Sekolah di Negeri Kelantan mengendalikan perisian portal ini. Pn Hjh Kalsom juga ingin megenal pasti di manakah kelemahan mereka dan di manakah kekuatan sekolah di negeri Kelantan. Mereka juga memuji program-program kecermelangan UPSR yang diadakan di bawah bimbingan PK Pentadbiran, Guru Besar dan Guru-guru tahun 6 di SKKK1.

Guru Besar , Tn Haji Mohamed B. Che Noh telah memberi ucapan ringkas mengenai program-program kecermelangan yang telah dijalankan di SKKK1 saban tahun.

Rombongan ini begitu teruja dengan pembudayaan ict di SKKK1 di mana semua pentadbir dan unit-unit utama mempunyai blog sendiri.Mereka juga turut memuji Tuan Guru Besar yang celik IT dan sentiasa bersemangat untuk membudayakan ict di sekolah ini.Di penghujung majlis,rombongan ini telah diberikan sedikit cendera hati berupa barangan dan makanan tradisioanal negeri kelantan. Wakil daripada SKKK1 dan JPN Negeri Sembilan masing-masing telah bertukar-tukar email dan alamat laman web dan blogspot untuk terus berhubungan demi untuk kecmerlangan pendidikan di sekolah masing-masing.
Semoga kunjungan ini akan memartabatkan lagi kecermelangan pendidikan anak-anak bangsa..." SAMA-SAMA GEMILANGKAN AKADEMIK PELAJAR"...MCN

Feb 16, 2009

**WATIKAH PERLANTIKAN**





Tanggal 16 February 2009 satu majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Murid diadakan di SKKK1 bagi memberi mandat kepimpinan kepada pengawas sekolah,pengawas Pusat Sumber sekolah,Briged ICT,ketua darjah dan penolong,Pengawas Pendidikan Khas,dan pengawas SPBT.Majlis ini disempurnakan olehChif inspektor Azhar B.Mohamed selaku ketua polis balai,Kubang kerian.Dalam ucaptamanya beliau menegaskan bahawa barisan pemimpin yang dilantik pada hari ini adalah terdiri daripada mereka yang layak memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dan sekaligus merupakan intan yang terpilih...Oleh itu,laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh amanah,jujur dan berwibawa.....tuan Guru Besar juga turut berseru kepada para pemimpin kecil ini agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

Feb 9, 2009

**PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA JUARA**



pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan hadiah kepada barisan pemain handalan bola sepak kita yang merupakan jaguh QIT Kedai Lalat sempena perlawanan yang diadakan di SK.Ismail 4,yang berlangsung pada 04.02.2009 baru-baru ini.

**AKTIVITI KELAB GURU **




Kelab Guru SKKK1 telah mengadakan satu majlis ringkas untuk menyambut hari lahir guru-guru SKKK1 yang jatuh sekitar bulan Januari hingga Februari 2009.Seramai 19 orang guru telah diraikan dan menerima hadiah masing-masing daripada kelab guru.Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tn.Guru Besar,Tn.Hj.Mohamed b. Che Noh.Murid-murid SKKK1 telah menghadiahkan sebuah nyayian hari guru kepada guru-guru tesebut......"Selamat Hari Lahir Cikgu...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Itulah antara bait-bait lirik yang mereka nyanyikan...." Sama-sama Gemilangkan Akademik SKKK1"

Feb 5, 2009

**KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT QIT KOTA JEMBAL**




Kejohanan ini melibatkan 12 buah sekolah dibahagikan kepada dua kumpulan.SKKK1 berada dalam kumpulan A.Daripada lima perlawanan dalam kumpulan,Skkk1 seri satu perlawanan dan menang empat perlawanan.Pada peringkat separuh akhir,Skkk1 telah mengalahkan SK Sultan Ismail 4.Pada perlawanan akhir,bertemu dengan SKKK3.Dalam masa perlawanan sebenar,keputusan seri 1-1.Dalam penentuan melalui tendangan penalti,SKKK1 menang dengan agriget 3-2.Skkk1 JUARA QIT KOTA JEMBAL...!!!!! TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK SKKK1 dan jurulatih handalan kita serta PKKO...
Sama-sama Perkasakan KO SKKK1

**MCN**

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.