GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 19, 2009

**LAWATAN ROMBONGAN JPN NEGERI SEMBILAN**







Satu rombongan dari JPN Negeri Sembilan telah mengadakan Lawatan Kecermelangan Akedemik ke SKKK1. Rombongan tersebut diketuai oleh Pn Hajjah Kalsom bt Khalid iaitu Ketua Sektor Jaminan & Kualiti, Pn Radziah Bt abdul Manap (Timbalan PPD Jempol Jelebu, Cik Ruzita Bt Ali (Penolong PPD Bahasa, PPD Jelebu), En Abdul Razak B. Samak (Penolong PPD Bahasa, PPd Kuala Pilah), Dr Rusni Bt Mohd Nor (Penolong PPD Bahasa, PPD Seremban), En Mohd Yusuf B. Hj Sulaiman (Penyelia ICT,PPD Jempol Jelebu dan En Mohd Razib B. Rahim (Penyelia Sains JPN Negeri 9.

Rombongan ini telah diiringi oleh JPN Negeri Kelantan En Wan Ismail B. Wan Daud (Penolong Pengarah Sektor jaminan Kualiti). Mereka telah membuat lawatan ke Makmal Komputer, Kelas Pra Integrasi, Pra Sekolah dan beberapa bilik darjah Tahun Enam.

Rombongan JPN Negeri Sembilan ini ingin melihat sendiri sejauh manakah program yang dijalankan di sekolah dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Mereka juga ingin membuat pemantauan ke sekolah-sekolah negeri Kelantan yang menggunakan aplikasi portal zooom-A. Menurut Ketua rombongan Pn Hajah Kalsom bt Khalid,lawatan ini adalah lebih kepada post mortem penggunaan aplikasi zoom-A yang digunapakai di seluruh PPD Negeri 9 tidak berjaya walaupun JPN negeri tersebut telah mengeluarkan belanja lebih daripada RM 100,000.

Mereka ingin melihat bagaimana Sekolah di Negeri Kelantan mengendalikan perisian portal ini. Pn Hjh Kalsom juga ingin megenal pasti di manakah kelemahan mereka dan di manakah kekuatan sekolah di negeri Kelantan. Mereka juga memuji program-program kecermelangan UPSR yang diadakan di bawah bimbingan PK Pentadbiran, Guru Besar dan Guru-guru tahun 6 di SKKK1.

Guru Besar , Tn Haji Mohamed B. Che Noh telah memberi ucapan ringkas mengenai program-program kecermelangan yang telah dijalankan di SKKK1 saban tahun.

Rombongan ini begitu teruja dengan pembudayaan ict di SKKK1 di mana semua pentadbir dan unit-unit utama mempunyai blog sendiri.Mereka juga turut memuji Tuan Guru Besar yang celik IT dan sentiasa bersemangat untuk membudayakan ict di sekolah ini.Di penghujung majlis,rombongan ini telah diberikan sedikit cendera hati berupa barangan dan makanan tradisioanal negeri kelantan. Wakil daripada SKKK1 dan JPN Negeri Sembilan masing-masing telah bertukar-tukar email dan alamat laman web dan blogspot untuk terus berhubungan demi untuk kecmerlangan pendidikan di sekolah masing-masing.
Semoga kunjungan ini akan memartabatkan lagi kecermelangan pendidikan anak-anak bangsa..." SAMA-SAMA GEMILANGKAN AKADEMIK PELAJAR"...MCN

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.