GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 25, 2017

PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI

22 Jun 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
 
Majlis Khatam Al Quran sempena penutup Ihya Ramadhan 2017




Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid UPSR yang mendapat keputusan cemerlang 6A dalam Ujian Pertenghan Tahun 2017.



  

Penyamapain duit raya kepada murid-murid yang telah khatam Al-Quran.



Penyampaian sumbangan duit tabung Masih Ada Yang Sayang kepada semua murid tahun 1-6 yang berkelayakan.


Penyampaian cenderahati kepada penceramah sempena penutup Ihya Ramadhan



Jun 15, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2017

14 JUN 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 
Penyampaian bantuan khas awal (BKAP) persekolahan Fasa 2 bagi murid-murid SKKK1 telah diadakan pada hari ini 14 Jun, 2017 bertempat di Anjung MCN. Penyampaian telah disampaikan oleh Tn. Hj. Anuar bin Tn. Mat, Pegawai Pembangunan Modal Ehsan, Jabatan Pembangunan Pesekutuan Negeri Kelantan, merangkap Pengerusi Biro Agama dan Dakwah, UMNO Bahagian Kubang Kerian.

BKAP  Fasa 1 telah disampaikan pada 12 Mac 2017 seramai 491 orang
BKAP Fasa 2 disampaikan pada 14 Jun, 2017 sermai 239 orang
Keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM 3000 sebulan layak menerima BKAP 2017.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pergerakan Puteri Islam (PPIM) SKKK1 kerana telah terpilih untuk  menyertai Program Ihya Ranmadhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Program tersebut telah diadakan pada hari ini 12 Jun 2017 sempena Hari Nuzul Quran bertempat di SMK Naim Lilbanat Kota Bharu Kelantan. Seorang guru penasihat PPIM SKKK1 dan seorang ahli PPIM SKKK1 (murid) telah terlibat dalam program tersebut yang diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh. Program tersebut telah dikendalikan oleh Ustazah Hasyinah bt. Hj. Ahmad, mantan PK HEM SMK Naim Lilbanat. Antara aktiviti yang diadakan ialah solat dhuha, solat tasbih, tazkirah dan tadarus Al-Quran.

Jun 12, 2017

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN

11 JUN 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


 


Program Ihya' Ramadhan merupakan aktiviti yang disusun khas sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pada pagi ini telah diadakan majlis perasmian dan pelancaran program Ihya Ramadhan untuk tahun 2017. Dalam majlis yang sama juga turut diadakan majlis pelancaran tabung masih ada yang sayang. Tabung ini diwujudkan adalah untuk memunggut sumbangan derma daripada seluruh warga SKKK1 untuk agihan kepada anak-anak yatim murid miskin di akhir bulan Ramadhan nanti. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh. Dalam ucapan ringkas beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SKKK1 amnya dan Panitia Pendidikan Agama Islam Khasnya kerana telah bekerjasama menganjurkan program pada pagi ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, tidak mungkin majlis seumpama ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. 

Matlamat utama program Ihya' Ramadhan diadakan sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun adalah untuk menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar oenghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

Antara aktiviti keagamaan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan ialah :-
  • Tadarus Al-Quran murid Tahap 2
  • Pertandingan mewarna Tahap 1
  • Tabung masih ada yang sayang
  • Kuiz Tahap 2
  • Pertandingan membuat buku skrap murid tahun 6
  • Edaran risalah dan buletin Ramadhan
  • Tazkirah Ramadhan.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.