GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 12, 2017

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN

11 JUN 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


 


Program Ihya' Ramadhan merupakan aktiviti yang disusun khas sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pada pagi ini telah diadakan majlis perasmian dan pelancaran program Ihya Ramadhan untuk tahun 2017. Dalam majlis yang sama juga turut diadakan majlis pelancaran tabung masih ada yang sayang. Tabung ini diwujudkan adalah untuk memunggut sumbangan derma daripada seluruh warga SKKK1 untuk agihan kepada anak-anak yatim murid miskin di akhir bulan Ramadhan nanti. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh. Dalam ucapan ringkas beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SKKK1 amnya dan Panitia Pendidikan Agama Islam Khasnya kerana telah bekerjasama menganjurkan program pada pagi ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, tidak mungkin majlis seumpama ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. 

Matlamat utama program Ihya' Ramadhan diadakan sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun adalah untuk menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar oenghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

Antara aktiviti keagamaan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan ialah :-
  • Tadarus Al-Quran murid Tahap 2
  • Pertandingan mewarna Tahap 1
  • Tabung masih ada yang sayang
  • Kuiz Tahap 2
  • Pertandingan membuat buku skrap murid tahun 6
  • Edaran risalah dan buletin Ramadhan
  • Tazkirah Ramadhan.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.