GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 31, 2015

MAJLIS PENUTUP PROGRAM OBESITI DAN NCD2015 BERJALAN KAKI 10,000 LANGKAH


Aktiviti    : MAJLIS PENUTUP PROGRAM OBESITI DAN NCD 2015
                  BERJALAN KAKI 10,000 LANGKAH
Tarikh      : 31 OGOS 2015
Masa        : 7.30 Pagi  – 12.00 Tengahari
Tempat     : Anjung MCN SKKK1


Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kubang Kerian telah menganjurkan satu program  Jalan Kaki 10,000 langkah Program ini merupakan salah satu daripada Program Panel Penasihat untuk peserta yang mengikuti Program Obesiti dan NCD. Peserta-peserta yang terlibat terdiri  daripada kakitangan Klinik Kesihatan Kubang Kerian, semua warga Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 dan masyarakat setempat.

OBJEKTIF

- Kepentingan mengamalkan cara hidup sihat di kalangan 
   peserta NCD dan Obesiti.
- Memperkenalkan kaedah terbaik cara pembakaran kalori
   dan lemak dengan berkesan.
- Menjalin hubungan silaturrahim di kalangan 
    kakitangan klinik,guru-guru,kakitangan  
   sekolah dan masyarakat setempat yang mengambil rawat
   di Klinik Kesihatan Kubang Keria khususnya.


ATURCARA MAJLIS
7.30 pagi:
•          Pendaftaran
•          Minum pagi

8.20 pagi :
•          Kecergasan/senamrobik

8.30 pagi :
•          Pelepasan berjalan kaki 10,000 langkah dilakukan oleh
            Pengerusi Panel Klinik Kesihatan  Kubang Kerian 
            Ybrs. Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh

11.00 pagi :
•          Bacaan Doa
•          Ceramah Kesihatan (Denggi) oleh Dr. Anies Hazlina bt. Sa’ari
•          Ucapan Pengerusi Panel Penasihat  dan Penutupan  Program
•          Penyampaian cenderahati kepada peserta yang 
            komited mengikuti program

12.00 tgh. : 
•          Makan tengah hari &bersurai





















Aug 30, 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

SK KUBANG KERIAN 1 - 30 OGOS 2015

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan dengan jayanya pada hari ini.Sambutan Kemerdekaan pada hari ini telah diwarnai dengan pelbagai acara yang disertai oleh murid-murid SKKK1.Antara acara yang dipertandingan sempena hari kemerdekaan pada kali ini ialah Pertandingan Koir Lagu-lagu Petriotik,Reka Cipta barangan terbuang yang berkaitan dengan Kemerdekaan dan Pertandingan Pakaian Tradisional Malaysia.Majlis Perasmian dan Ceramah Hari Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Ybrs Hj Ab.Rashid bin Sulaiman Penceramah Biro Tatanegara.Majlis juga turut diserikan dengan Persembahan Sajak dan Persembahan Pentomin oleh murid-murid SKKK1.Kemuncak sambutan hari kemerdekaan pada hari ini telah diwarnai dengan nyanyian lagu Tema Kemerdekaan dan Lagu Petriotik beramai-ramai oleh semua warga SKKK1 dengan mengibari jalur gemilang beramai-ramai..MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA...itulah laungan yang dilaungkan di Anjung MCN pada pagi ini dan telah mencatat sejarah sambutan kemerdekaan ke 58 peringkat sekolah.Selamat Menyambut hari Kemerdekaan Ke-58.



















PERHIMPUNAN MINGGUAN

SK KUBANG KERIAN 1 - 30 OGOS 2015

Majlis Penyampaian Intensif  dan Pin Emas kepada murid 5A telah diadakan di perhimpunan pada pagi ini.Seramai 25 orang murid telah mendapat 5A dalam peperiksaan pra UPSR baru-baru ini.Penyampaian hadiah saguhati untuk adik Wan Muhammad Fadzli b Wan Amir Nizam dari kelas 6 Cekal dan adik Nur Auni Athirah bt Mazlan dari kelas 6 Cakna yang menyertai program National Spell it right Challenge anjuran RHB dan New Straits Times yang diadakan di KB Mall pada 18.8.2015 yang lepas turut disampaikan di perhimpunan pada pagi ini.Perhimpunan diteruskan dengan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Sekolah.







GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI

Aug 17, 2015


PERHIMPUNAN BERSAMA MURID TAHUN 6

SK KUBANG KERIAN 1- 16 OGOS 2015

Perhimpunan khas pada pagi ini untuk semua murid dan guru tahun 6 telah diadakan di Anjung MCN.Walaupun perjumpaan ini diadakan secara ringkas namun ia merupakan detik yang amat bermakna untuk semua pelajar dan guru tahun 6.Majlis penyampaian hadiah intensif untuk murid yang mendapat 5A juga turut diadakan.Seramai 22 orang murid telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan percubaan 2 kali ini.Ayahanda guru besar amat berharap agar murid-murid menggandakan usaha agar memperoleh keputusan lebih cemerlang dalam UPSR yang bakal diduduki nanti.Di akhir perjumpaan ini semua guru-guru tahun 6 telah merakamkan kata-kata semangat di atas sehelai kain putih yang akan digantung di dataran SKKK1.Kata-kata semangat ini akan menjadi inspirasi dan kekuatan untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.









Aug 12, 2015

RIANG RIA REUNION RAYA EX SMK KUBANG KERIAN SPM 1982


Majlis riang ria reunion raya bekas pelajar SMK Kubang Kerian SPM 1982 telah diadakan pada 2 Ogos 2015 yang lepas.Majlis ini telah diadakan bertempat di SK Kubang Kerian 1.Program ini telah mendapat sambutan ramai dari ahli group yang berada di dalam dan luar negeri Kelantan.Ada di kalangan mereka sanggup pulang ke Kelantan semata-mata ingin berjumpa dengan sahabat yang tidak pernah bersua sejak dari SPM tahun 1982.Jalinan silaturrahim berjalan dengan baik dan jayanya dengan kehadiran ahli seramai 50 orang.Acara membakar kambing di mulai seawal jam 9 pagi.Selain itu,menu yang turut dihidangkan ialah sup tulang,ayam bakar dan pelbagai juadah lagi.Aktiviti menyiapkan juadah dilakukan secara gotong royong dikalangan AJK wanita dan lelaki.Semua AJK group sangat berpuas hati dan akan merancang pelbagai lagi aktiviti selepas ini.




Aug 9, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA PRA SEKOLAH SKKK1

MINGGU PANITIA SAINS SKKK1

2 OGOS 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Perasmian Minggu Sains telah diadakan dengan jayanya ditapak perhimpunan pada pagi ini.Majlis perasmian pada hari ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKK1 Tn.Hj Mohamed bin Che Noh.Majlis Perasmian pada hari ini berjalan lancar dan meriah walaupun diadakan secara ringkas.Gimik perasmian yang berupa "quadkopter " telah menarik perhatian murid-murid SKKK1."Quadkopter" merupakan simbol untuk murid-murid supaya lebih mencintai sains.Tema yang digunakan oleh panitia Sains pada hari ini ialah " Science is fun " & " Cintai ilahi dengan mencintai sains "..Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu ini :

 -Kuiz Bertulis Tahun 1(9 Ogos 2015 ) - 10.45 - 11.45 pagi

- Kuiz Bertulis Tahun 2(10 Ogos 2015 ) -10.45-11.45 pagi

-Perandingan Reka Bentuk Lego Tahun 3 ( 11 Ogos 2015 )- 10.45-11.45 pagi

-Pertandingan Melukis Poster Tahun 4 ( 12 Ogos 2015 )-10.45 - 11.45 pagi

-Rekacipra Roket Air tahun 5 (13 Ogos 2015)- 8.15-9.15 pagi

- Kuiz Sains ( IES ) Tahun 6 (13 Ogos 2015 )- 11.15 -12.15 pagi







PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.