'Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia'
Sambutan hari Autisma peringkat PPKI SK Kubang Kerian 1 telah diadakan dengan jayanya pada 7 April, 2016 bertempat di kelas PPKI SKKK1. Majlis sambutan telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SKKK1. Tujuan majlis sambutan pada hari ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dalam
kalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit autistik. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang hari ini ialah pertandingan mewarna poster secara individu dan pertandingan membuat kolaj logo Autisma secara berkumpulan.
Autisme
adalah gangguan perkembangan otak yang berkait dengan masalah hubungan sosial,
masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain.
Malah, anak autistik akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang;
lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai.
No comments:
Post a Comment