GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 25, 2013

AKTIVITI REKREASI LUAR MURID-MURID PPKI SKKK1

25 APRIL, 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1


 Program Pendidikan Khas Integrasi SKKK1, telah mengadakan Aktiviti Rekreasi Luar bertempat di Pantai Irama Bachok pada pagi ini. Aktiviti ini telah disertai oleh semua murid, guru, PPM serta semua warga PPKI  SKKK1. Program bermula jam 8.00 pagi bertolak dari sekolah dengan menaiki bas dan tiba semula ke sekolah tepat jam 1.00 tgh. Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ini berjalan ialah meniup belon, bola sepak pantai, aktiviti mencabar diri,  serta majlis perpisahan guru-guru ganti dan guru Praktikum dari IPGM Kampus Kota Bharu, yang berakhir pada hari ini. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan ringkasnya, Tn Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas dan terima kasih kepada semua warga PPKI kerana sentiasa bekerjasama dalam menjayakan aktiviti atau program untuk muri-murid PPKI. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru ganti yang telah menyumbangkan idea dan tenaga sepanjang berada di SKKK1. Seterusnya beliau sempat menasihatkan guru-guru praktikum agar menggunakan ilmu serta pengalaman selama berada di SKKK1 dengan sebaik mungkin. Pengalaman yang baik dapat dijadikan ilmu dan yang kurang baik dapat dijadikan contoh dan tauladan.



Program yang dijalankan pada hari ini di ketuai oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail, dalam ucapan alu-aluannya beliau selaku wakil dari semua warga PPKI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar di atas kesudian meluangkan masa untuk meraikan program yag diadakan pada hari ini. Seterusnya beliau juga bersyukur kerana semua ibubapa/penjaga murid PPKI serta pihak pentadbir sekolah  sentiasa memberi sokongan dengan aktiviti yang dijalankan samada di sekolah atau luar sekolah. Beliau juga memaklumkan antara objektif utama program ini di adakan ialah untuk membolehkan murid-murid PPKI SKKK1 menguasai kemahiran berkomunikasi, bersosial, mengembangkan perasaan ingin tahu tentang kebolehan diri dan alam sekitar serta memberi keyakinan pada diri sendiri dalam konsep kendiri yang positif. 



No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.