GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 29, 2026

SIMPOSIUM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHAP BONGSU SEKOLAH RENDAH: GENERASI MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026







Tahniah dan Syabas untuk ADIK NUR AIRA ZAHIRAH BT MOHD NORSYAM dari SK Kubang Kerian 1 kerana terpilih mewakili Kelantan di Simposium Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu Sekolah Rendah: Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 telah diadakan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak 27 – 30 Julai 2026
Program berprestij ini menghimpunkan PRS Bongsu Sahabat Inspirasi SELAMAT dari seluruh Malaysia sebagai platform membina kepimpinan, jati diri, kemahiran komunikasi, kesejahteraan emosi serta nilai keprihatinan tinggi terhadap rakan sebaya dalam melahirkan murid yang berdaya saing dan berakhlak mulia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Semoga Nur Aira Zahirah mendapat pengisian yang penuh inspirasi, perkongsian bermakna dan pengalaman yang akan mencorakkan pemimpin muda masa hadapan.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.