GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 14, 2016

AKTIVITI MENAIKI KERETAPI KE SELATAN KELANTAN

10 OGOS 2016 - SK KUBANG KERIAN 1








Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PPKI) SKKK1 telah melaksanakan dengan jayanya aktiviti menaiki keretapi untuk murid-murid PPKI pada 10 Ogos, 2016. Program ini telah disertai oleh murid-murid PPKI yang bersekolah di kelas PPKI SKKK1. Rombongan seramai 62 orang tersebut memulakan perjalanan dari sekolah pada jam 8.00 pagi menaiki bas ke stesen keratapi Wakaf Bharu. Seterusnya menaiki keretapi dari stesen keretapi wakaf Bharu ke stesen keretapi Kuala Krai. Perjalanan balik dari Kuala Krai juga dengan menaiki keretapi.

OBJEKTIF PROGRAM
    1. Memupuk semangat belajar dan memberi satu situasi pembelajaran yang baru.
    2. Untuk membina keyakinan diri dan keberanian bagi mewujudkan sikap berdikari di dalam setiap diri murid.
    3. Memupuk semangat untuk belajar bermasyarakat, berkomunikasi dengan  masyarakat dan rakan sebaya serta mewujudkan semangat bekerjasama dalam kumpulan.
    4. Memupuk sikap dan nilai positif  serta mendekati dan memahami isu-isu alam sekitar setempat.
 

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.