GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 8, 2016

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2016

8 OKTOBER 2016 - SK KUBANG KERIAN 1




 

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. 

Sehubungan dengan itu semua kakitangan dan murid-murid tahap 2 SKKK1 telah turut serta menjalankan aktiviti bersukan pada pagi ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Selain aktiviti senamrobik, pemeriksaan kesihatan turut diadakan pada pagi ini untuk semua kakitangan dan warga sekolah yang menyertai aktiviti pada pagi ini oleh Klinik Kesihatan Kubang Kerian.

OBJEKTIF HARI SUKAN NEGARA
a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.