GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 9, 2016

CLOSING CEREMONY ENGLISH WEEK 2016

9 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







Majlis perasmian penutup minggu Panitia Bahasa Inggeris telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung MCN. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid SKKK1 di atas penglibatan yang begitu baik sepanjang aktiviti dijalankan. Semoga penglibatan yang baik ini akan terus dikekalkan untuk masa-masa yang akan datang bagi semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Semoga ianya menjadi pemangkin kecemerlangan dalam semua aspek untuk masa-masa yang akan datang. Seterusnya beliau juga turut mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang telibat dalam menjayakan aktiviti sepanjang minggu Panitia Bahasa Inggeris ini samada secara langsung atau tidak langsung.

Pelbagai aktiviti melibatkan semua murid tahap 1 dan 2 telah diadakan sepanjang minggu ini. Antaranya :-
3 Oktober, 2016 - Year 2 Crossword Puzzle
4 Oktober, 2016 - Year 1 Colouring Contest
4 Oktober, 2016 - Year 3 Storing Telling
5 Oktober, 2016 - Year 4 & 5 Spell It Right
6 Oktober, 2016 - Year 6 Master Chef

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.