GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 3, 2016

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

3 OKTOBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain . Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Atas rasa tanggungjawab memberikan pendedahan  dan ilmu kepada murid seawal mungkin bagi memahami pengurusan tersebut maka jawatankuasa program telah mengambil langkah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah untuk murid-murid tahun 6 SKKK1 2016 Usaha ini juga diharapkan dapat membantu murid memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim . Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan ke arah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka kelak. 
Sehubungan dengan itu Kursus Pengurusan Jenazah untuk murid-murid tahun 6 SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. Program tersebut merupakan salah satu aktiviti yang diadakan setiap tahun selepas peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6. Kursus telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Kasyuwadi, Pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan.

Objektif Utama Kursus :-
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama. 
  • Memupuk semangat ingin mempelajari ilmu fardhu kifayah. 
  • Memiliki semangat berpasukan, dan sikap muhibah di antara satu sama lain.
  • Memperkembangkan potensi diri dikalangan murid dengan mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan. 

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.