GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 23, 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERKHEMAHAN UNIT KOKURIKULUM SKKK1

23 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati perkhemahan Unit Beruniform Pengakap, TKRS, Tunas Puteri, Puteri Islam dan PBSM yang telah diadakan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu yang lalu telah diadakan pada hari ini. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh. Ringkasan pemenang setiap pertandingan sepanjang perkhemahan berlangsung adalah seperti berikut:-

Persembahan Terbaik Malam Kebudayaan
Tempat 1 : PBSM
Tempat 2 : Puteri Islam
Tempat 3 : Pengakap

Pertandingan Kawad Kaki 
Tempat 1 : Puteri Islam
Tempat 2 : Tunas Puteri
Tempat 3 : TKRS

Pertandingan Hiasan Khemah
Tempat 1 : Puteri Islam
Tempat 2 : Tunas Puteri
Tempat 3 :PBSM

Juara keseluruhan pertandingan perkhemahan pada kali ini di sandang oleh Pasukan Puteri Islam. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid dan guru di atas kerjasama, komitmen dan kerja sepasukan dalam menjayakan perkhemahan pada tahun ini.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.