GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 17, 2016

KEPUTUSAN UPSR 2016

17 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1















Tahniah dan syabas buat semua anak-anak didik SK Kubang Kerian 1, di atas pencapaian yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Majlis pengumuman dan penyampaian Slip keputusan peperiksaan telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar SK. Kubang Kerian 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj. Abd Razak bin Adahan  pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. 

Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar memaklumkan seramai 7 orang murid telah mendapat kejayaan cemerlng 6A, dan SKKK1 mendapat tempat ke lima dalam senarai 10 buah sekolah yang mendapat bilangan semua A tertinggi Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan GPS keseluruhan 2.75. 

Seterusnya, beliau  mengucapkan Syabas, tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru, terutama guru-guru tahun 6 yang terlibat secara langsung dalam mengajar, membimbing anak-anak didik SKKK1, tidak dilupakan kepada semua warga sekolah yang terlibat secara tidak langsung dalam mengukir keputusan yang cemerlang pada tahun ini. Kepada mereka yang kurang berjaya, jangan putus asa, usaha lagi diperingkat yang akan datang. Keputusan yang kurang memberansangkan dalam UPSR tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Usaha dengan lebih gigih lagi pada peringkat yang lebih tinggi nanti. Insyalah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.