GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 16, 2016

JAMUAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6

16 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1









Jamuan akhir tahun dan majlis perpisahan murid-murid tahun 6 SKKK 1 telah diadakan dengan penuh meriah pada hari ini bertempat di Dewan SKKK1. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan wakil murid tahun 6, ucapan wakil guru tahun 6, ucapan alu-aluan Guru Besar dan penyampaian hadiah kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sebulan yang lalu (aktiviti selepas UPSR).

Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menasihatkan semua murid agar sentiasa belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sebuah kejayaan yang gemilang suatu hari nanti. Bila telah berada di atas jangan dilupakan tempat bermulanya murid-murid mengenal huruf dan abjad. Semua guru SKKK1 sentiasa mendoakan kejayaan semua murid dalam apa jua bidang yang diceburi. Di akhir ucapannya, beliau berharap semoga pengumuman keputusan peperiksaan UPSR pada hari Khamis 17 November, 2016 nanti memberi khabar yang mengembirakan untuk semua murid. Insyallah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.