GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 10, 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI SKKK1

10 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






Majlis SAMBUTAN HARI LAHIR murid-murid PPKI bagi kelahiran Julai - Disember dan jamuan akhir tahun persekolahan tahun 2016 Program Pendidikan Khas Integrasi telah diadakan dengan jaya dan meriahnya pada hari ini 10 November, 2016. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Hj Abd Razak bin Adahan, Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1. Dalam ucapan ringkasnya beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput beliau dalam majlis yang penuh meriah ini. Sebagai meraikan murid-murid yang dirai pada hari ini  beliau memotong kek bersama  murid-murid  sebagai simbolik sambutan hari lahir murid PPKI.  Sehubungan dengan itu pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid PPKI yang sudi menyumbangkan pelbagai juadah hidangan untuk memeriahkan lagi majlis sambutan pada hari ini. Insyallah panjang umur jumpa lagi di tahun hadapan.

 

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.