GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 19, 2016

MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKKK1 2016

19 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





Majlis Makan Malam Bersama Guru Besar, Pentadbir Sekolah dan Juri Hakim 

 Pasukan Unit Beruniform Puteri Islam

Pasukan Unit Beruniform Tunas Puteri

 Pasukan Unit Beruniform TKRS

 Pasukan Unit Beruniform PBSM

 Pasukan Unit Beruniform Pengakap

Majlis penutup perkhemahan Unit  Beruniform SKKK1 2016 telah dirasmikan pada pagi ini bertempat di Anjung MCN oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Rozanita binti Ismail. Dalam ucapan ringkasnya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang menyertai perkhemahan pada minggu ini bermula 17 November, 2016 hingga 19 November, 2016. Seterusnya beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana membenarkan dan memberi kerjasama dalam menjayakan perkhemahan pada kali ini. Tidak dilupakan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada urusetia  perkhemahan dan semua guru SKKK1 yang telah bertungkus lumus bekerjasama menjayakan perkhemahan pada tahun ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak tidak mungkin aktiviti perkhemahan ini dapat diadakan dengan jayanya. Majlis berakhir jam 11.30 pagi. Insyallah panjang umur berkhemah lagi di tahun hadapan.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.