GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 20, 2016

JELAJAH TRANSFORMASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUARAN SABAH



20 NOVEMBER, 2016 – SK KUBANG KERIAN 1











Seluruh warga SKKK1 mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan rombongan pegawai PPD Daerah Tuaran, guru besar dan guru-guru di Daerah Tuaran Sabah ke SKKK1 bagi Program ‘Jom Jelajah Transformasi’ Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran 2016. Program ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan perkongsian profesional berkenaan pengurusan pentadbiran sekolah yang berfokuskan program akademik, sistem fail, kewangan, inovasi sekolah, kelas dan pembelajaran abad ke-21. Rombongan seramai 31 orang diketuai oleh  Pn Tah Nia bt Hj Jaman A.M.N Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Sabah, Pegawai SIP+*, Pegawai SISC**, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah Daerah Tuaran.

Antara aktiviti sepanjang lawatan ke SKKK1 :-

  • Sesi bergambar bersama guru-guru SKKK1
  • Sesi Hands-on dan perkongsian professional (pengurusan sekolah, program peningkatan akademik, sistem fail, kewangan dan inovasi sekolah)
  • Sesi menandatangani MOU antara sekolah-sekolah
  • Penyampaian bahan bacaan kepada SKKK1
  • Pemerhatian pelaksanaan PdP Kelas Abad ke 21


Sehubungan dengan itu Guru Besar dan Pentadbir serta seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih di atas kesudian berkunjung dan memilih SK Kubang Kerian 1 untuk perkongsian professional ‘Jom Jelajah Transformasi’ PPD Tuaran 2016. 


* Mengenai SIPartners+ (sip+) 

SIPartners+  adalah seorang pembimbing kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan kualiti pentadbiran di sekolah yang ingin ditingkatkan prestasinya. Sebagai SIPartners+

  1. Membina hubungan dan membimbing pengetua serta Guru Besar di sekolah,
  2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh pentadbir sekolah.
  3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pengurusan di sekolah

Peningkatan Peluang Untuk Impak  - SIPartners+ akan membina hubungan dengan pengetua dan Guru Besar. Dengan membimbing 25-30 pengetua, diharapakan SIPartners+ boleh membantu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dibandingkan jika seorang pengetua atau guru besar bekerja secara bersendirian.
Masa Bimbingan Berkualiti – Pendidik yang terbaik tidak akan keluar dari sekolah untuk menjadi pentadbir – peranan SIPartners+ adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah. Selaku SIPartner+, anda akan menghabiskan sekurang-kurangnya 80% daripada masa bekerja dengan pengetua dan guru besar, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang.

**  Kenali SISC+ (sumber : http://siscppdkt.blogspot.my/p/p.html)

PPP yang dilantik sebagai SISC+ bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah di PPD yang ditempatkan. Tugas utama SISC+ adalah mempertingkat kualiti PdP guru mata pelajaran di bawah kawalannya ke arah mempertingkat penguasaan dan pencapaian murid.
Selaku SISC+, pegawai akan memperuntukkan 80% hingga 90% masa berkerja dengan guru di sekolah.

Di antara tanggungjawab utama SISC+ adalah;
  • Memastikan tahap PdP guru - guru di bawah kawalan mencapai standard yang telah ditetapkan.
  • Memastikan tahap pelaksanaan dasar dan program KPM dijalankan di sekolah.
  • Merealisasikan KPI mata pelajaran yang telah ditetapkan.
  • Meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan, kemahiran dan sikap diri masing-masing.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan latihan untuk guru di daerah masing-masing.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.