GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 20, 2010

::Majlis Restu Ilmu::

Sk.Kubang Kerian1- 20 September 2010: Satu Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat telah diadakan.Majlis Restu ini telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Mohd Adnan B.Mohd Noor,Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan.Majlis dimulakan seawal jam 7.15 pagi dengan solat hajat yang dihadiri oleh Tuan Hj.Mohd Adnan B.Mohd Noor,Tuan Hj.Mohd Yunus @ Ab.Halim b.Tahir,YDP PIBG,guru-guru dan bakal calon UPSR Skkk1.Solat hajat yang diadakan pada hari ini merupakan kemuncak kepada solat hajat yang telah diadakan sepanjang tahun ini.Hari ini merupakan solat hajat penggenap ( hari yang ke 40 ) solat hajat.
      Tepat jam 9.00 pagi semua calon UPSR dan guru-guru telah mengambil tempat di Dewan MCN(Mohamed B.Che Noh).Lagu "Gemuruh " telah diudarakan sebagai pembakar semangat  bakal calon UPSR tahun ini.Majlis  diteruskan dengan ucapan wakil pelajar,Adik Nur Fatin Syifa',diikuti dengan ucapan wakil guru,Puan Hjh Che Zaiton Salleh,Guru cemerlang Bahasa Inggeris Skkk1.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tn.Guru Besar Skkk1,Tn.Hj.Mohamed b.Che Noh.Dalam ucapannya Tuan Guru Besar meminta agar bakal calon UPSR menggunakan segala ilmu yang telah diperturunkan kepada mereka oleh guru-guru Skkk1.Tuan Guru Besar juga telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru di Skkk1,khususnya kepada Team Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan pelbagai program demi untuk kecemerlangan para pelajar semua.Semua guru di Skkk1 telah berusaha sedaya upaya dalam merealisasikan hasrat Skkk1 yang bakal melahirkan seramai 73 orang calon target 5A UPSR.Beliau juga turut menyarankan agar bakal calon UPSR agar mengambil contoh daripada kegigihan pelajar istimewa,Adik Mohd Faiz yang merupakan pelajar istimewa Skkk1 di mana beliau telah berjaya memperolihi 4A,1B dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini.
        Tuan Hj.Adnan pula dalam ucapan perasmiannya juga telah mengingatkan bakal calon UPSR supaya bakal calon sentiasa menjaga kesihatan diri di saat-saat peperiksaan hampir tiba ini.Jika mereka tidak menjaga kesihatan dengan baik sudah pastinya usaha mereka selama setahun ini hancur berkecai begitu sahaja.Beliau juga turut menasihatkan agar bakal calon menurut segala nasihat dan petua-petua menghadapi peperiksaan yang telah diberikan oleh guru-guru dan juga yang terakhir semasa majlis solat hajat yang diadakan tadi.Dalam majlis tersebut,Ustaz Mohd Redhuan B.Mohamad telah memberi pesanan terakhir termasuklah mengajarkan doa semasa masuk ke dewan,doa semasa memulakan menjawab soalan,dan juga zikir-zikir yang berkaitan."Ambillah segala petua yang telah diperturunkan ini dan jangan sekali-kali merasa gentar dan gundah- gulana.jika murid-murid dikuasai oleh perasaan seperti ini,maka segera kembali kepada Allah dan teruslah berzikir dan berdoa...sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang selalu berzikir dan mengharap pertolongan daripadaNya."Itulah pesanan Tuan Hj.Mohd Adnan B.Mohd Noor kepada calon-calon UPSR Skkk1 bagi sesi 2010.
Suasana dalam Majlis Restu Ilmu
Adik Mohd faiz....pelajar istimewa Skkk1
Semuanya khusyuk berdoa...mohon ketenangan dan keberkatan Ilahi....
Tuan Guru Besar,Tuan Hj.MOhd Adnan dan Tn.Hj.Mohd Yunus@Ab.Halim Tahir dan PK Ko...
PkP,Puan Hjh Wan Rosnani Wan Hamat tidak dapat menahan sebak di dada...
"Menggemilangkan Akademik"

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.