GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 4, 2017

UJIAN SEGAK 2017

4 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


Ujian SEGAK bagi murid-murid tahun 4 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Ujian hari ini hanya melibatkan semua murid tahun 4 sahaja. Murid tahun 5 akan diadakan pada hari Rabu dan  hari Khamis untuk murid tahun 6. Semua guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani terlibat dalam ujian ini.

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
Konstruk yang diukur:
  • Perkembangan fizikal murid
  • Kecergasan
  • Senaman

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.