GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 18, 2017

PRA PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI SKKK1

18 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1



Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid Pendidikan Khas. Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.


Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.
 
Sehubungan dengan ini Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PPKI) SKKK1 telah menganjurkan pra perkhemahan 2 hari satu malam untuk murid-murid PPKI bermula petang hari Isnin hingga pagi hari selasa bertempat di perkarangan kelas PPKI. Seramai 15 orang murid telah terlibat dalam aktiviti pra perkhemahan ini. Beberapa aktiviti mudah seperti latihan mendirikan khemah, aktiviti pertolongan cemas, ikatan, sembahyang berjemaah dan tazkirah  telah diadakan sepanjang perkhemahan berlangsung.

OBJEKTIF

  • Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
  • Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
  • Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratu dan berdisiplin.
  •  Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
  •  Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
  •  Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.