GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 18, 2017

TERAPI MUZIK ANJURAN BERSAMA PELAJAR PERUBATAN HUSM

18 APRIL, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

  


 


Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. 

Sehubungan dengan itu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKKK1 anjuran bersama pelajar praktikum Fasa 3 Sem 7, IPG Kampus Kota Bharu telah mengadakan program terapi muzik hari ini dengan kerjasama pensyarah (Dr. Garry Kuan Pei Ern) dan 8 orang pelajar perubatan HUSM Kubang Kerian. Program bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir 12.00tgh bertempat di Anjung MCN. Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh turut bersama sepanjang program berjalan.

Dalam ucapan perasmiannya, Guru Besar SKKK1, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, guru praktikum IPG KB, PPM serta rombongan doktor dari HUSM kerana menjayakan program yang amat bermanafaat kepada murid-murid PPKI. Beliau berharap program seperti ini akan diteruskan setiap bulan agar aktiviti seperti ini tidak berhenti di sini sahaja. Dalam ucapannya juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Demit 2, En Mohd Ridzwan bin Mohd Noor kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dalam program terapi muzik hari ini.

Objektif utama program terapi muzik yang diadakan pada hari ini ialah :-
  • Melatih pengurusan emosi dan perasaan murid-murid PPKI SKKK1 yang mengalami masalah
  • Melatih kemahiran motor halus dan motor kasar melalui aktiviti bermain alat-alat muzik.
  • Meningkatkan tumpuan murid-murid PPKI SKKK 1 semasa melakukan aktiviti bermain alat muzik.
  • Meningkatkan daya kreativiti, keyakinan diri serta mengcungkil kebolehan dan bakat diri murid-murid PPKI SKKK1 dengan bermain alat-alat muzik


No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.