GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 11, 2017

GURU SKKK1 MENERIMA TELEFON PINTAR YES ALTITUDE



11 APRIL, 2017 – SK KUBANG KERIAN 1





Semua guru SKKK1 hari ini menerima Pelan Data 2GB bersama telefon YES Altitude, telah disampaikan oleh Tn Guru Besar, Tn Hj. Mohamed bin Che Noh dalam satu majlis ringkas bertempat di SKKK1. Pemberian pelan Data 2GB bersama telefon YES Altitude   adalah bertujuan memudah dan mempertingkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran para guru di bilik darjah amnya. Guru-guru dapat berkongsi bahan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti serta pembelajaran di mana-mana sahaja untuk semua anak didik mereka.


Pelan data ini boleh digunakan pada telefon pintar YES 4G LTE iaitu untuk rangkaian data LTE, dan semua peranti aktif jalur YES iaitu untuk rangkaian data jalur lebar. Pelan data guru 1BestariNet fasa 2 ini adalah pelan 4G LTE yang akan memberikan kuota 2GB rangkaian Internet bulanan LTE dan kuota 2GB data jalur lebar kepada semua guru di sekolah-sekolah penerima 1BestariNet 4G Zoom di seluruh Malaysia.


1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pembelajaran bersepadu.


Projek perkhidmatan 1BestariNet yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan bermatlamat untuk meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan pengajaran di semua sekolah dengan memanfaatkan teknologi ICT dalam pendidikan.


Maklumat dan rujukan lanjut mengenainya boleh klik link di bawah :

 AMALAN PENDIDIKAN ALAF BARU DENGAN TELEFON PINTAR YES ALTITUDE

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.