GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 10, 2017

MAJLIS PERASMIAN IM FREE

9 APRI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1


 








Majlis perasmian program IMFree peringkat SKKK1 telah diadakan pada pagi ini bertempat di medan perhimpunan pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Abd Razak bin Adahan. Beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang majlis berlangsung seperti ucapan oleh guru penyelaras IMFree, ucapan bahaya merokok dari Penolong Kanan Pentadbiran, penyampaian hadiah pertandingan mewarna IMfree, nyanyian lagu IMfree, lakonan dari murid tahun 1 menghapuskan rokok dan memperkenalkan simbol IMfree kepada semua murid.

IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah (tahun 1 hingga tahun 6) berumur 7 tahun hingga 12 tahun di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Komponen IMFree juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan dalam Program Tunas Doktor Muda di seluruh negara. 

Tujuan Program : Murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat

Visi : Rakyat Malaysia bebas daripada merokok.

Matlamat :Mencapai generasi bebas amalan merokok menjelang tahun 2025.

Objektif

1. Memberi pengetahuan tentang bahaya merokok.
2. Memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok.
3. Melatih murid menjadi agen / pencetus / penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.

Maklumat lanjut tentang IMFree boleh klik link dibawah :-


 

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.