GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 8, 2009

**BULAN BAHASA MELAYU**




Pada 08 April 2009 bersamaan hari Rabu,satu Majlis Perasmian Penutup Bulan Bahasa Melayu telah diadakan. Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Panitia Bahasa Melayu SKKK1, Pn.Hasiah bt Yaacob diikuti ucapan perasmian penutup oleh Yang Berbahagia Guru Besar, Tn.Hj.Mohamed B. Che Noh. Guru Besar telah memukul gong sebagai simbolik majlis perasmian penutup ini. Majlis diteruskan dengan persembahan Sajak bertajuk 'NAIK DARJAH' daripada adik Wan Nor Hanini. Kemudian diikuti dengan persembahan bercerita daripada pemenang Pertandingan Bercerita Peringkat QIT Kota Jembal, adik Nur Atikah daripada kelas 2 Caring. Seterusnya warga SKKK1 dipersembahkan dengan persembahan syarahan yang disampaikan oleh Ketua Pengawas sekolah, adik Amirah daripada kelas 6 Caring. Menariknya, adik Amirah adalah kakak kepada adik Atikah yang juga pemenang pertandingan bercerita.Akhir sekali merupakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz Bahasa Melayu dan yang paling ditunggu-tunggu adalah acara cabutan bertuah kepada guru-guru SKKK1.TAHNIAH KEPADA PARA PEMEMANG DAN SEMUA GURU-GURU PANITIA BAHASA MELAYU, dan guru-guru Skkk1."Sama-sama gemilangkan Akademik SKKK1"....

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.