GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 23, 2014

MAJLIS PERPISAHAN PK PENTADBIRAN SKKK1

23 JANUARI, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Telah menjadi lumrah kehidupan ....
setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan



 
 
 
 
 

Majlis perpisahan guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kubang Kerian 1, Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Tn. Hj Mohd Hilmi mula bertugas di SKKK1 pada tahun 2007 sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada hujung tahun 2013 dan pada awal 2014 beliau dinaikkan pangkat sekali lagi, menjawat jawatan sebagai Guru Besar di SK Kuala Gris. Sekalung tahniah, penghargaan, selamat bertugas di tempat baru dan terima kasih tidak terhingga daripada seluruh warga SKKK1.
Dalam ucapan ringkas, Guru Besar SKKK1, merakamkan ucapan tahniah serta terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dalam menaikkan pencapaian kecemerlangan Kokurikukum dan juga Akademik sepanjang berada di SKKK1. Insyallah jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki berjumpa lagi di lain kesempatan.....

Sejenak Mengenali Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail....
Dilahirkan pada 25 November, 1960
Pendidikan awak di SK Pasir Hor, SMK Kubang Kerian dan IPGM Raja Malewar
Mula bertugas sebagai guru pada tahun 1981 di SK Bertam Hulu Kelantan
1984 di SK Wakaf Stan, Kota Bharu,
2001 di SK Tapang, Kota Bharu
2006 di SK Ipoh Tanah Merah
dan Sept 2007 hingga Januari 2014 di SK Kubang Kerian 1, Kota Bharu Kelantan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan PK Pentadbiran
2014 Guru Besar SK Kuala Gris


No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.