GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 23, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN SLIP KEPUTUSAN UPSR DAN PASR 2017

23 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Penyampaian Slip Keputusan UPSR dan PASR (bagi murid PPKI) kepada semua murid yang mengambil peperiksaan pada tahun ini telah diadakan pada hari ini mulai jam 11.00 pagi bertempat di Anjung Bestari SKKK1. 
Majlis telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar, Tn Hj Mohamed bin Che Noh.











Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Tiga lagi komponen ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Penilaian murid mulai tahun ini tidak lagi memfokuskan kecemerlangan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan. Menerusi PBD, pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid. 

Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula akan mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat.

Murid juga ditaksir dalam kokurikulum dan ekstra kokurikulum iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

PPsi pula untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati seperti bidang muzikal, lingustik, logik matematik dan visual ruang. PPsi untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), iaitu mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid. Pada tahun ini murid UPSR menerima empat slip PPSR yang mengandungi maklumat pencapaian dalam semua komponen berkenaan.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.