GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 21, 2017

MAJLIS PENUTUP KEM CAKNA MATEMATIK DAN PROGRAM MOTIVASI TAHUN 5

21 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1




Majlis penutup Kem Cakna Matematik dan Program Motivasi Tahun 5 telah diadakan pada 19 NOVEMBER, 2017 bertempat di Anjung MCN. Program ini telah berjalan selama  3 minggu mendapat kerjasama dengan UiTM Cawangan Kelantan . Dalam ucapan ringkasnya Tn Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan UiTM kerana telah memilih SKKK1 untuk sama-sama menjayakan program ini untuk kecemerlangan anak-anak SKKK1. Turut hadir dalam majlis ialah Pn Marhainis bt Jamaludin, Penyelaras Program Sains Momputer dan Matematik, dari Falkuti Sains Komputer dan Matematik, U iTM Cawangan Kelantan.

Objektif Program :-
  • Memberi pendedahan awal tentang teknik belajar yang betul kepada pelajar.
  • Memberi motivasi agar diri lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
  • Mengcungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran.
  • Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai pelajar.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.