GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 10, 2017

KEM PEMANTAPAN IBADAH

10 NOVEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 




 

Kem Pemantapan Ibadah bagi murid-murid tahun 6 merupakan aktiviti tahunan yang diadakan selepas peperiksaan UPSR. Kem bermula pada hari Ahad 5 November, 2017 hingga 8 November 2017. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kem tersebut yang dikendalikan oleh Panitia Agama Islam. Majlis Penutup telah di rasmikan oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh.
 
Dalam  ucapan penutup Kem tersebut, Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menasihatkan semua murid agar mempraktikkan atau mengamalkan ilmu yang diperolehi sepanjang kem ini. Beliau juga turut mengariskan beberapa objektif Kem Ibadah ini diadakan ialah :-

1. Untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi,rohani dan jasmani.
2. Melatih mereka agar dapat memahami dan seterusnya boleh mempraktikkanbeberapa ibadat sunat yang tertentu secara berjamaah mahupun secara bersendirian.

3. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang konsep sebenar penghayatan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama terhadap ibu-bapa, guru-guru seterusnya masyarakat.

 Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Kem Ibadah tersebut ialah:-
  • Kursus Pengurusan Jenazah oleh Al Fadhil Ustaz Khalid bin Yusof
  • Ceramah 1: Peranan Wuduk Terhadap Peribadi Muslim oleh Ustazah Sakinan bt Hassan
  • Ceramah 2 : Kewajipan Bersuci dan Tuntutan Ke Atas Individu Muslim oleh Ustazah Nik Nazura bt Yusof
  • Ceramah 3 : Peranan Solat Melahirkan Generasi Rabbani oleh Ustazah Fazula bt Jalaluddin 

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.