GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 24, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2012

"Menggemilangkan Akademik"






24 NOVEMBER, 2011 - Majlis Peyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012 untuk semua murid-murid SKKK 1 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Hj. Shafie b. Hj. Ismail, Mantan Pengarah JPN Kelantan, merangkap Bendahari UMNO Kubang Kerian. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohdamed b. Che Noh, Tn. Hj. Ariffin b. Osman Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Dun Demit dan YDP PIBG SKKK 1, Tn. Hj. Halim @ Yunus b. Tahir. Semua ibubapa kepada 1 236 orang murid SKKK 1 telah hadir dalam majlis tersebut yang melibatkan sebanyak RM 123 600.00 peruntukan  diagihkan sebanyak RM 100 seorang. Dalam ucapan ringkasnya Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengajak semua ibu bapa bersyukur diatas rezeki yang dikurniakan dan ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak awal tahun 2012. Kesempatan yang ada ini juga Tn. Guru Besar turut menasihatkan  para ibu bapa beberapa perkara mengenai pembelajaran anak-anak mereka di sekolah ini. Beliau meminta ibu bapa supaya sentiasa menambil cakna dengan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah terutama kehadiran kelas KAFA di sebelah petang yang melibatkan murid tahun 2 - 5. Seterusnya  ibu bapa diminta memastikan anak-anak mereka supaya tidak meninggalkan pelajaran semasa di musim cuti sekolah ini, memandangkan buku teks telah diagihkan kepada semua murid tahun 4 - 6 sebelum cuti sekolah bermula baru-baru ini. Beliau turut memaklumkan, murid tahun 1, 2 dan 4 tahun 2012 nanti belajar SN dan MT dalam Bahasa Melayu, manakala murid tahun 3,5 dan 6 masih lagi dalam Bahasa Inggeris. Semua ibu bapa adalah diharapkan agar sentiasa menyemak buku kerja rumah, kerana semua murid wajib ada/diberi kerja rumah setiap hari. Beliau turut mamaklumkan, kehadiran kelas tambahan sepanjang cuti sekolah ini adalah wajib. Jadual pembelajaran telah diedarkan kepada semua murid sebelum cuti baru-baru ini. Seterusnya para ibu bapa yang hadir turut diingatkan agar menggunakan bantuan yang diberikan pada hari ini untuk kegunaan persekolahan anak-anak mereka, bukan untuk tujuan yang tidak  berfaedah. Sehubungan dengan itu kedai sekolah akan dibuka pada 26-29 Disember, 2011. Ibu bapa boleh membeli semua peralatan sekolah di kedai sekolah pada hari tersebut. Majlis tersebut tamat jam 1.00 tengahari.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.