GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 8, 2013

PELANCARAN ALAM PEMBELAJARAN BARU BESTARI VLE FROG PERINGKAT NEGERI KELANTAN

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 


 


 Pelancaran Alam Pembelajaran Baru Bestari VLE Frog Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan dengan jayanya pada 7 September, 2013, bertempat di SMK Dato' Ahmad Maher bermula jam 9.00 pagi - 2.00 petang. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif YTL Communication Sdn. Bhd., Pn. Yasmin bt Mahmod. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang hari bertempat di Dewan Besar SMK Dato Ahmad Maher, Kota Bharu Kelantan. 

Semua barisan pentadbir dan duta Frog Asia SK Kubang Kerian 1 turut hadir dalam majlis tersebut yang di ketuai oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Penolong Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail, wakil PIBG, Dr. Sarwani, Guru ICT SKKK1, Pn Salwa dan 5 orang murid Duta Frog SKKK1.


SEPINTAS LALU: APA ITU VLE FROG
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secaravirtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.