"Menggemilangkan Akademik"
Satu rombongan lawatan 'Benchmark' oleh Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Batu Pahat Johor telah berkunjung ke SKKK 1 pada 20 Sept. 2011 (Selasa). Rombongan ini disertai oleh seramai 30 orang guru besar Daerah Batu Pahat Johor. Sepanjang lawatan mereka ke SKKK 1, rombongan lawatan sempat melawat ke Kelas Pra Sekolah dan menerima sedikit taklimat ringkas daripada Tn. Guru Besar SKKK 1. Dalam taklimat ringkas yang diberikan, Guru Besar SKKK 1 telah memaklumkan beberapa perkara mengenai SKKK 1 termasuklah usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pencapaian UPSR yang sentiasa meningkat setiap tahun. Antara aktiviti yang dijalankan setiap tahun ialah guru bersama murid tahun 6 menunaikan solat hajat setiap pagi selama 40 hari, mengadakan jadual anjal yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang. Perjumpaan bersama ibubapa murid tahun enam juga kerap diadakan sepanjang tahun untuk memaklumkan perkembangan prestasi anak-anak mereka. Semua aktiviti yang diadakan oleh sekolah telah mendapat sokongan dan kerjasama yang baik dari semua ibubapa/penjaga. Ini dapat dilihat semasa sekolah mengadakan perjumpaan guru tahun 6 bersama ibubapa dan sembahyang hajat perdana. Kelihatan hampir 100% ibubapa hadir memberi sokongan dan dorongan untuk kejayaan anak-anak mereka juga. Dalam taklimat ringkas itu juga Guru Besar ada memaklumkan kejayaan Pra Sekolah SKKK 1 dalam memperolehi Pra Sekolah 5 Bintang, dipengaruhi oleh usaha para guru serta kerja berpasukan yang diamalkan dalam organisasi sekolah. Usaha para guru amat penting sekali memandangkan setiap hujung tahun Pra Sekolah akan ditengelami air banjir dan banyak peralatan serta bahan bantu mengajar yang terkorban apabila datangnya musim tengkujuh. Namun kerana usaha yang berterusan bahan bantu yang terkorban ditengelami air akan dibuat semula atau dibaikpulih agar kelihatan seperti tidak ada apa yang berlaku.
Diakhir taklimat ringkas tersebut, Guru Besar SKKK 1 mengucapkan terima kasih kepada semua diatas kesudian melawat SKKK 1 pada hari ini. Sesungguhnya apa yang baik itu diharapkan dapat dilaksanakan secara berpanjangan dan mendapat keberkatan dariNYA, insyallah.
No comments:
Post a Comment