"Menggemilangkan Akademik"
KHAMIS, 8 SEPTEMBR, 2011- Satu majlis yang diberi nama 'Restu Ilmu' telah diadakan di Anjung Bestari SKKK 1, antara guru-guru SKKK 1 dengan murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Md Adnan b. Md Nor, mantan Ketua Sektor Bahagian Akademik JPN Kelantan, juga merupakan bapa angkat kepada murid-murid SKKK 1. Dalam ucapan ringkasnya, beliau menasihati semua murid agar menjaga kesihatan masing-masing sebelum dan sepanjang tempoh peperiksaan berjalan. Kesihatan yang baik akan membantu murid agar dapat menjawab soalan dengan cemerlang lagi. Harapan dan doa semoga semua murid akan dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang hendaknya.
Solat Hajat bersama ibu bapa akan diadakan pada malam Jumaat (malam ini) di Masjid Solihen Kubang Kerian, bermula pada jam 7.00 petang, dimulai dengan Solat Maghrib, bacaan yassin, Solat Isyak, Solat Hajat dan berakhir dengan sedikit jamuan. Semua guru dan kakitangan dialu-alukan untuk menyertainya. Seterusnya sebagai jalan ikhtiar terakhir, Solat Hajat akan diadakan lagi pada hari Ahad yang melibatkan semua guru-guru yang terlibat dan murid-murid tahun 6 di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian.
Sebagai nasihat terakhir, Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menasihatkan semua murid agar menggunakan ilmu yang diperolehi sepanjang berada di sekolah ini dengan cara yang baik untuk kebaikan . Juga diingatkan kepada semua murid, bahawa kedatangan ke sekolah selepas UPSR adalah wajib kerana murid-murid masih lagi belajar untuk menduduki peperiksaan akhir tahun. Harapan dan doa semoga semua murid akan dapat menjawab dengan tenang dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang telah diberikan oleh guru sepanjang tempoh pembelajaran sebelum ini. Semoga semuanya berakhir dengan kecemerlangan....insyallah.......
No comments:
Post a Comment