GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 31, 2009

**PROGRAM TUNAS GEMILANG**





Tanggal 29 Julai 2009,Program Tunas Gemilang telah dianjurkan dengan jayanya oleh SKKK1 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Institut Sukan Negara ini telah menerima penyertaan seramai 300 orang murid sekolah ini yang berusia antara 7 – 12 tahun.

Menurut Guru Besar SKKK1, seawal pagi lagi para fasilitator yang seramai 30 orang,10 orang guru dan 300 orang murid SKKK1 sudah memenuhi ruang Dewan Mohamed Che Noh ( MCN )begitu bersemangat untuk menjalani tujuh ujian kecergasan yang telah ditetapkan oleh pihak ISN ( Institut Sukan Negara ) dalam program ini.

Ujian yang perlu dilakukan oleh setiap peserta ialah larian 1600 m bagi kanak-kanak berusia yang berumur 10-12 tahun manakala larian 800 m untuk peserta yang berumur 7-9 tahun, pengukuran berat badan dan ketinggian, lari pecut 20m, lompat jauh berdiri, lari 4 x 10 m ulang alik dan baling bola keranjang.Antara objektif Institut Sukan Negara adalah:
1.Memastikan semua kanak – kanak di seluruh negara melalui proses mengenalpasti bakat dan pendedahan kepada asas sukan secara lebih sistematik dan efektif. Memastikan semua kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun diberi peluang untuk diuji tahap kecergasannya.
2 Menjadikan sekolah-sekolah sebagai Pusat Mengenalpasti Bakat di peringkat akar umbi.
3 Mewujudkan serta melatih lebih ramai penguji di kalangan guru-guru secara aktif dan berterusan. Program ini mensasarkan sekurang-kurangnya 50 orang guru penguji bagi setiap negeri dan sekurang-kurangnya seorang guru bagi setiap sekolah untuk melatih peserta secara berterusan, memberi pendedahan mengenai asas kemahiran sukan dan sebagainya kepada para peserta kelak.
4 Memupuk disiplin dan menanam serta mengamalkan nilai – nilai murni dengan semangat kerjasama di kalangan peserta yang berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang.
5 Menggalakkan penglibatan dan sokongan ibu bapa yang aktif secara berterusan sebagai sukarelawan program di peringkat akar umbi.


Ujian yang perlu dilakukan oleh setiap peserta ialah larian 1600 m bagi kanak-kanak berusia yang berumur 10-12 tahun manakala larian 800 m untuk peserta yang berumur 7-9 tahun, pengukuran berat badan dan ketinggian, lari pecut 20m, lompat jauh berdiri, lari 4 x 10 m ulang alik dan baling bola keranjang.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.