GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 7, 2009

**e-CAKNA-PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK**




Tanggal 07 Julai 2009 satu majlis penyampaian Anugerah Galakan telah diadakan di Dewan Mohamed Che Noh ( MCN )Skkk1.Majlis ini dihadiri oleh murid-murid dan para ibubapa murid-murid cemerlang tersebut.Hadiah galakan berbentuk wang tunai dan lencana emas,perak dan gangsa diberikan kepada mereka yang berjaya dalam Ujian pencapaian (UBB) ke tiga bagi tahun 2009.Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Tuan Turu Besar SKKK1 Hj.Mohamed B. Che Noh.Menurut beliau,motif utama penyampaian hadiah ini diadakan dengan dihadiri oleh ibubapa adalah bertujuan untuk membakar semangat juang di kalangan bakal calon UPSR.Tuan Guru besar juga telah mengabadikan gambar kenangan pelajar cemerlang ini di bangunan utama dalam bentuk poster dan banner.
Dalam majlis ini juga ibubapa dijemput khusus untuk menandatangani rekod pencapaian ujian bulanan anak-anak mereka.Menurut Tuan Guru Besar pencapaian Ujian Bulanan ( UBB ) kali pertama,kedua dan ketiga terus meningkat.Peratus kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman adalah 96.08,Bahasa Melayu Penulisan 81.86,Bahasa Inggeris 89.71,Science 81.37 dan Mathematics pula 59.80.Daripada hasil analisa yang dibuat,didapati peratus pencapaian mata pelajaran Mathematics paling rendah.Punca utama yang dapat dikenalpasti oleh guru-guru Mathematics tahun 6 adalah kelemahan murid dalam menghafal sifir.Justeru,Tuan hj.Mohamed berseru dan merayu kepada ibubapa agar sama-sama berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan prestasi dan pencapaian anak-anak.Bantu anak-anak dalam menangani masalah lemah dalam penguasaan sifir.Dengan adanya kerjasama yang padu antara pihak sekolah dan ibubapa,kejayaan cemerlang akan dapat dicapai,ujarnya.
Pihak Kecemerlanagan Akademik Skkk1 telah merancang sebanyak 18 program sepanjang tahun ini.16 program telah berjaya dilaksanakan,manakala 2 program lagi masih belum dilaksanakan dan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.Program tersebut adalah Solat Hajat Perdana dan majlis Restu ilmu.Dengan adanya program-program bersepadu yang dirancang sebegini rupa,Tuan Hj.Mohamaed berharap agar pencapaian akademik pada tahun ini akan lebih cemerlang dan bakal memperolehi sasaran 70 peratus kelulusan sebagaimana target kita...."SAMA-SAMA BERUSAHA KE ARAH MENGGEMILANGKAN AKADEMIK SKKK1"

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.