GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 2, 2013

SELAMAT BERSARA...

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

2 JULAI, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Seluruh warga SKKK1 mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada salah seorang guru SKKK1 iaitu Pn. Wan Norma bt. Wan Abd Rahman yang bermula pada hari ini. Beliau mula bertugas di SKKK1 pada tahun 1999 hingga 2013. Sempena persaraan beliau satu majlis persaraan dan perpisahan telah diadakan pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Dalam ucapan ringkasnya, beliau sempat berpesan kepada semua murid agar belajar bersungguh-sungguh demi mengejar kebahagian hidup di dunia dan juga yang lebih penting di akhirat. Beliau mendoakan kesejahteraan seluruh warga SKKK1.





Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani menyarungkan cincin kenang-kenangan dari warga SKKK1

 Bergambar kenangan bersama Guru Besar, Barisan Penolong Kanan
 dan Guru Cemerlang SKKK1

Bergambar kenangan bersama kakitangan SKKK1


 'Punch Kad' terakhir sebagai penjawat awam sebelum meninggal sekolah....

Dalam ucapan ringkas wakil seluruh warga sekolah, Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan penghargaan terima kasih tidak terhingga di atas sokongan dan jasa bakti yang telah dihulurkan sepanjang berada di SKKK1. Sebagai tanda kenang-kenangan, Pn. Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat menyarungkan cincin sumbangan daripada seluruh warga SKKK1.

SELAMAT BERSARA DAN SELAMAT BERISTIREHAT...
insyallah panjang umur berjumpa lagi di lain masa.........

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.