GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 6, 2010

::Keperihatinan Warga Skkk1::

Sk.Kubang Kerian 1- Tanggal 6 Mei 2010,Keperihatinan warga Sk.Kubang Kerian 1 terhadap kesusahan yang dialami oleh dua orang pelajarnya telah menggamit seluruh warga Skkk1 untuk turut menghayati apa jua bentuk kesusahan yang dialami warganya.Ibu kepada dua orang murid di SKKK1 telah menerima sumbangan yang berupa wang tunai sebanyak RM454 daripada Guru Besar,Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh.Ibu tersebut adalah Pn.Rashidah Bt.Yusoff yang merupakan ibu kepada Siti Aishah Bt.Mazlan,pelajar Tahun 1 Polite dan Muhammad Mazlan,pelajar Tahun 3 Polite.Puan Rashidah mengalami kesusahan hidup lantaran tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.Beliau hanya mengambil upah mencuci kain di rumah-rumah orang.Suaminya tidak dapat melakukan kerja-kerja yang mendatangkan sumber pendapatan kepada keluarga lantaran kesakitan yang dihadapinya dan kini sedang dalam proses rawatan di Hospital Universiti Sains ( HUSM ),Kubang Kerian.Salah seorang kepada pasangan ini yang berusia 17 tahun telah berhenti sekolah  dan terpaksa mencari kerja untuk menolong membantu keluarganya.
       Rumah pasangan ini akan dirobohkan oleh tuan tanah memandangkan tuan tanah akan membina projek lain.Pasangan ini telah lama mendirikan rumah di atas tanah yang telah diberi pinjam penggunaannya kepada mereka.Memandangkan tuan tanah ingin menggunakan tanah mereka,maka keluarga ini diminta berpindah dan terpaksa menumpang di rumah saudara mereka.Pihak pentadbiran Sk.Kubang Kerian 1 telah memandang serius terhadap perkara ini dan satu kutipan derma kilat telah dilancarkan.Hasilnya telah terkumpul sebanyak RM 454 dan telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar PKP Puan Hjh.Wan Rosnani Wan Hamat dan PK HEM Puan Norani Abdullah .Puan Rashidah Bt.Yusof kelihatan begitu ceria dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Guru Besar,PKP dan PK HEM.....
" Sama-sama Menjaga Kebajikan warga SKKK1"
 Tuan Guru Besar sedang menyampaikan sumbangan kepada Puan Rashidah Bt.Yusof sambil diperhatikan oleh Puan PKP dan PK HEM
 Keperihatinan pihak sekolah benar-benar memberi erti kepada keluarga yang mengalami masalah....

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.