GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 23, 2017

PROGRAM AMBANG MERDEKA PPKI SKKK1

23 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1










Program Ambang Merdeka peringkat PPKI telah diadakan dengan jayanya pada 22 Ogos, 2017. Program ini tidak dijalankan bersama-sama murid arus perdana kerana pada tarikh yang sama murid-murid arus perdana menduduki ujian bulanan dan masalah kekangan masa kerana beberapa aktiviti PPKI perlu dijalankan segera. Beberapa aktiviti ringkas telah diadakan pada hari tersebut, antaranya :-
1. Nyanyian lagu Negaraku
2. Nyanyian lagu 31 Ogos
3. Nyanyian lagu-lagu patriotik
4. Pertandingan mewarna mengikut tahap (tema kemerdekaan)
5. Pembentangan hasil kerja PASR pelajar-pelajar yang menduduki PASR 2017
6. Tayangan video (tema kemerdekaan)

Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Pn. Hjh. Noraini bt Abdullah dan penyampaian hadiah telah disempurna oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar bin Che Ismail.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.