GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 13, 2017

HARI TERBUKA SKKK1 2017

13 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

Tarikh : 12 Ogos, 2017 
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Hari terbuka SK Kubang Kerian 1, telah diadakan dengan jaya dan meriahnya bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang karnival. Antaranya permainan soopa Doopa, bola gergasi, rumah puaka, motor dan kereta bateri, gerai jualan dan pelbagai aktiviti permainan. Pertandingan nyanyian bintang kecil turut diadakan melibatkan 15 orang peserta yang mengambil bahagian. 

Dalam ucapan alu-aluan, Tn Guru Besar Tn Hj. Mohamed bin Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan, para ibu bapa, PIBG,  semua pengunjung dan semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sehingga berjaya mengadakan Karnival SKKK1 yang begitu meriah. Semoga karnival seperti ini akan diadakan lagi pada tahun-tahun seterusnya untuk mengutip dana tabung PIBG SKKK1. Semua keuntungan daripada karnival ini akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG SKKK1 untuk kegunaan menjalankan aktiviti melibatkan anak-anak SKKK1. Terima kasih sekali lagi untuk semua yang sudi memeriahkan hari terbuka SKKK1 pada hari ini.











No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.