GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 25, 2017

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI 2017 DAN PERASMIAN TAMAN ANUGERAH PPKI

25 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

 
 
 
 
 

Majlis sambutan hari lahir murid PPKI untuk tahun 2017 telah diadakan dengan penuh meriah sekali. Majlis sambutan pada kali ini turut di bantu oleh beberapa orang guru praktikum dan guru internship IPG Kota Bharu. Majlis telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn Hj Mohamed bin Che Noh. Dalam majlis yang sama juga Tn guru besar turut merasmikan Taman Anugerah PPKI yang telah disediakan dengan kerjasama guru-guru PPKI dan guru internship IPGKB. 

Dalam ucapan ringkasnya, Tn Guru Besar mengucapkan tahniah diatas kerjasama padu PK Pkhas,  guru-guru PPKI, guru-guru internship dan guru-guru praktikum IPG KB sehingga dapat menjayakan majlis hari jadi untuk murid-murid PPKI yang penuh meriah dan dapat menghasilkan sebuah taman yang cantik, sesuai untuk anak-anak PPKI dan menghasilkan sebuah lanskap yang begitu cantik, berubah wajah dalam jangka waktu yang singkat. Tanpa kerjasama dari semua pihak tidak mungkin majlis dan taman dapat dihasilkan dengan begitu baik sekali.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.