GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 8, 2017

MAJLIS RESTU ILMU CALON UPSR 2017

8 SEPTEMBER, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1



 
 

Majlis restu ilmu untuk calon-calon UPSR 2017 telah diadakan pada 7 September, 2017 (Khamis) jam 9.30 pagi bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Turut hadir dalam majlis tersebut YDP PIBG Hj. Mohd Yunus @ Ab.Halim b.Tahir. Seawal 7 pagi calon-calon UPSR bersama guru besar, YDP PIBG,  dan guru-guru tahun 6 mengerjakan solat hajat.  Majlis Solat hajat yang diadakan pada hari ini merupakan kemuncak kepada solat hajat yang telah diadakan sepanjang tahun ini. Hari ini merupakan solat hajat penggenap ( hari yang ke 40 ) solat hajat.

Tn Guru Besar, Tn Hj Mohamed bin Che Noh dalam ucapannya sekali lagi mengingatkan bakal calon UPSR supaya sentiasa menjaga kesihatan diri di saat-saat peperiksaan hampir tiba ini.Jika mereka tidak menjaga kesihatan dengan baik sudah pastinya usaha mereka selama setahun ini hancur berkecai begitu sahaja. Beliau juga turut menasihatkan agar bakal calon menurut segala nasihat dan petua-petua menghadapi peperiksaan yang telah diberikan oleh guru-guru dan juga yang terakhir pesanan semasa majlis solat hajat yang diadakan sebentar tadi. Sesungguhnya kejayaan kamu adalah kebanggaan kami dan juga ibubapa kamu..." Itulah suntikan semangat daripada Tuan Guru Besar sebagai penutup majlis."SAMA-SAMA BERUSAHA KE ARAH KEGEMILANGAN AKADEMIK SKKK1"

Dalam majlis tersebut, Ustaz Mohd Redhuan b. Mohamad juga telah memberi pesanan terakhir termasuklah mengajarkan doa semasa masuk ke dewan, doa semasa memulakan menjawab soalan, dan juga zikir-zikir yang berkaitan."Ambillah segala petua yang telah diperturunkan ini dan jangan sekali-kali merasa gentar dan gundah- gulana. Jika murid-murid dikuasai oleh perasaan seperti ini, maka segera kembali kepada Allah dan teruslah berzikir dan berdoa...sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang selalu berzikir dan mengharap pertolongan daripadaNya.

Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan, selamat menjawab dan didoakan semoga semua calon UPSR pada tahun ini  dapat menjawab dengan tenang serta beroleh keputusan kejayaan yang cemerlang. Insyallah...

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.