GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 6, 2017

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

6 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1





Warga SK Kubang Kerian 1 mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum SKKK1 Pn. Anishah bt Ibrahim yang memulakan tugas secara rasminya sebagai PK Kokurikulum di SKKK1 pada hari ini. Rombongan menghantar beliau dar SK Sultan Ismail 4 telah tiba di perkarangan SKKK1 pada jam 9.00 pagi diketuai oleh Guru Besar SK Sultan Ismail 4, En Mohd Zahari bin Mohd Zain. 

Seterusnya pada hari ini juga mantan PK Kokurikulum SKKK1, Pn. Rozanita bt. Ismail dengan rasminya bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Panji. Rombongan menghantar beliau telah diketuai oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed bin Che Noh pada jam 11.00 pagi tadi. Warga sekolah mengucapkan tahniah dan selamat bertugas sebagai PK HEM kepada Pn. Rozanita bt. Ismail.








No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.