GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 20, 2019

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6

20 JANUARI 2019 - SK KUBANG KERIAN 1







 
Majlis perjumpaan ibu bapa murid-murid tahun 6 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1 bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh. Dalam majlis tersebut turut diadakan ceramah motivasi untuk murid-murid serta majlis aku janji dengan disaksikan oleh semua ibubapa yang hadir pada hari ini. Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn Guru Besar, En Mohd Zaidi bin Yusof mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan dapat meluangkan masa bersama-sama pada hari ini dalam majlis yang penting untuk kecermelangan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada akhir tahun ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru SKKK1 yang sentiasa memberi komitmen dan kerjasama yang cemerlang dalam mendidik anak-anak SKKK1. Beliau berharap semoga kecemerlangan anak-anak SKKK1 dalam bidang Akademik dan juga Kokurikulum akan terus berkekalan untuk tahun ini juga tahun-tahun seterusnya. Insyallah.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.