GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 3, 2015

PELANCARAN BUKU PENULIS TUNAS SUPER

PWTC KUALA LUMPUR - 30 APRIL 2015

Seorang murid SK Kubang Kerian 1, Mohd Azim Hakimi bin Mazdi telah berjaya menulis sebuah buku yang bertajuk Misi Magika terbitan PTS Publication. Melalui program Tunas Super yang dianjurkan oleh PTS,penulisan Azim Hakimi telah dipilih untuk diterbitkan.

Majlis pelancaran buku ini telah diadakan di  PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa yang telah diadakan di sana.Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dato' Zaidi bin Yazid selaku Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan.Warga SKKK1 berasa amat bangga dengan pencapaian beliaun di usia semuda ini. Semoga beliau dapat kembangkan lagi bakat beliau ke tahap yang lebih tinggi.

                              Adik Hazim Hakimi bersama keluarga tersayang
                                                  






SINOPSIS NOVEL MISI MAGIKA


Tiga sekawan, iaitu​ Izhar, Faiz, dan Areesya disedut​ masuk ke Alam Magika dengan tiba-tiba​.Di sana, mereka hampir menerima hukuman daripada Raja Bling-Bling kerana dituduh menculik Ring-Ring.Raja Bling-Bling memberikan satu syarat sekiranya mereka mahu terlepas daripada hukuman itu. Mereka perlu mencari 5 Bola Mutiara Magika Elemen yang sebenarnya adalah Hero Magika yang terkena sumpahan bayang Ratu Marina sewaktu peperangan magik.Adakah mereka akan berjaya mencari kelima-lima Bola Elemen ​itu ataupun hukuman Raja Bling-Bling yang menanti mereka?Siapa pula Ratu Marina yang sebenarnya?​








No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.