GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

May 10, 2015

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MINGGU PANITIA MATEMATIK

SK KUBANG KERIAN 1 - 10 MEI 2015

Minggu Panitia Matematik telah bermula pada 3 Mei 2015 dan berakhir pada hari ini dengan Majlis Perasmian Penutup.Majlis dimulai dengan ucapan Ketua Panitia Matematik Pn.Hjh Noor Aida Dato' Shafiee .Antara aktiviti yang dijalankan selama seminggu ialah Kuiz Bertulis tahun 1 & 2,Kuiz Terkumpul tahun 3-6 dan kuiz tahun 6 . Pada hari ini hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang tersebut.Anugerah Pelajar Lancar Sifit tahap 1 dan Anugerah Pelajar Cemerlang Matematik Tahun 4,5 dan 6 juga telah diumumkan pada majlis ini.Penyampaian hadiah juga telah disempurnakan oleh PK HEM SKKK1.Majlis pada hari ini turut diserikan dengan persembahan  bacaan sajak Matematik oleh murid tahap 2.Kemuncak acara pada hari ini dihiasai dengan gimik perasmian pemain Bola ala Kelantan yang dilakonkan oleh murid-murid SKKK1yang menarik dan menghiburkan. Majlis Penutupan Minggu Panitia Matematik telah disempurnakan oleh PK HEM SKKK1 Pn.Hjh Norani bt Abdullah.









No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.