Majlis pelancaran Ihya Ramadhan 1437H telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung MCN. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Kubang Kerian 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh.
Matlamat utama program atau aktiviti yang akan berlansung sepanjang bulan Ramadhan ini ialah untuk menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapat.
Objektif Program :-
- Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al-Mubarak.
- Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukurawi.
- Melahirkan rasa syukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
- Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
Aktiviti Ihya'
- Halaqah
- Masih ada yang sayang
- Ar-risalah
- Kuiz
- Huffaz muda
- Scrap book
- Da'ie cilik
- Fazakkir
- Ibrah Nuzul Al-Quran
- Diorama eid fitri
- Tanyalah ustaz
- Majlis perasmian musolla Al-Fateh
No comments:
Post a Comment