GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 1, 2015

MESYUARAT GURU SKKK1 2015

1 JANUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1


Mesyuarat guru SKKK1 kali pertama bagi sesi persekolahan 2015 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan SKKK1.Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa oleh Ust Redhuan bin Mohamed memohon agar warga SKKK1 beroleh kesejahteraan sempena sambutan tahun baru 2015.Guru Besar SKKK1 Tn Hj Mohamed bin Che Noh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru  SKKK1 di atas sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang sesi persekolahan 2014 dalam bidang masing-masing.Tanpa kerjasama yang erat di kalangan warga SKKK1,tidak mungkin semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar dan cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum mahu pun ko kurikulum.

Mesyuarat Guru kali ini juga turut diselitkan dengan pelancaran"Tabung Mangsa Banjir" oleh Guru Besar SKKK1.Tabung mangsa banjir ini telah dianjurkan oleh unit kebajikan SKKK1 yang dipengerusikan oleh Cikgu Izani.Semoga tabung ini dapat meringankan beban warga SKKK1 yang terlibat dengan bencana banjir.

Mesyuarat ini ditangguhkan jam 12.45 tengahari dan disusuli dengan jamuan makan tengahari.
















No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.